Photo Contest Pertandingan Foto Orang Asal 2015

Description


View Photo Contest Here

Contest hosted by: JOAS

Contest Host Website:
https://www.facebook.com/joasmalaysia

PERTANDINGAN FOTO ORANG ASAL 2015 merupakan anjuran Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) tahun ke-5 sempena Hari Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9hb Ogos 2015.

Tema Pertandingan Foto:

“Wilayah Adat: Warisan & Nadi Orang Asal”

Tarikh Tutup:

31 Julai 2015

Tarikh Undian “Gambar Paling Popular”:

31 Julai – 7 Ogos 2015

Klik sini:

http://bit.ly/1MqyEvM untuk syarat penyertaan dan hadiah.

http://on.fb.me/1HMDqBE untuk maklumat yang lanjut.

*Dibuka kepada semua Orang Asal di Malaysia sahaja.

Prizes

Winner(s) will be announced on Aug 14, 2015 at
http://www.photoscramble.com/contests/pertandingan-foto-orang-asal-2015/

#1: First Prize

Dates

Contest: Jul 15,2015 – Aug 14,2015

Entry: Jul 15,2015 – Jul 16,2015

Voting: Jul 15,2015 – Aug 14,2015

Winner(s) will be announced at http://www.photoscramble.com/contests/pertandingan-foto-orang-asal-2015/ on Aug 14, 2015

Rules & Eligibility

SYARAT-SYARAT DAN TERMA-TERMA
PERTANDINGAN FOTO ORANG ASAL 2015

Pertandingan Foto Orang Asal 2015 merupakan anjuran Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) tahun ke-5 sempena Hari Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9hb Ogos 2015.

Tema pertandingan foto pada tahun ini adalah “Wilayah Adat: Warisan & Nadi Orang Asal” dan penyertaan dibuka kepada semua Orang Asal di Malaysia.

Pertandingan ini terbuka kepada semua Orang Asal di Malaysia.

Penyertaan adalah percuma.

Penyertaan boleh dilakukan secara online (melalui emel) atau pos.

Foto mestilah melambangkan tema “Wilayah Adat” dan diambil dalam tempoh masa setahun sebelum 31hb Julai 2015.

Tiada had bagi jumlah bagi penyerahan foto bagi setiap peserta.

Setiap penyerahan mestilah dalam bentuk foto digital berformat JPEG dengan saiz tidak kurang daripada 1MB (Megabait) atau foto bercetak saiz 4R (4 inci x 6 inci).

Penyertaan secara digital hendaklah diemel kepada: joasfoto2015@gmail.com

Hanya satu fail foto sahaja bagi setiap satu gambar emel yang dibenarkan. Contohnya, jika anda mempunyai tiga foto untuk disertakan, bilangan emel juga hendaklah tiga.

Foto bercetak hendaklah dikirim kepada: COAC, P.O. Box 3052, 47590 Subang Jaya, Selangor.

Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah gambar asli yang diambil oleh individu itu sendiri.

Peserta hanya boleh merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja dibenarkan.

Gambar yang dimanipulasi adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Peserta mempunyai hak milik sepenuhnya ke atas foto yang dipertandingkan namun pihak JOAS berhak menggunakan foto-foto tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta.

Keterangan berikut mesti ditulis di belakang atau dalam ruang mesej dalam penyerahan emel: nama penuh, alamat, nombor telefon, emel, tajuk gambar, tempat dan tarikh gambar diambil.

Semua penyertaan serta maklumat lengkap mestilah sampai kepada pihak urusetia sebelum atau pada 31 Julai 2015.

Juara dan Naib Juara pertandingan foto ini akan diadili oleh barisan hakim yang dilantik oleh JOAS.

Penilaian dan pengadilan karya foto adalah lebih tertumpu kepada tema dan kreativiti, bukannya pada kemampuan mengambil foto secara profesional.

Kualiti foto juga akan diambil kira di dalam penilaian markah.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.

Semua foto yang diserahkan akan diletak pada laman web: www.photoscramble.com/pertandingan-foto-orang-asal/entries/

Laman web ini akan berfungsi pada 15hb Julai 2015 dan akan digunakan untuk mempersembahkan foto-foto ketegori pertandingan “Foto Paling Popular”.

Dengan melayari laman tersebut, setiap orang hanya dapat mengundi satu foto sahaja untuk pertandingan selama pertandingan ini.

Setiap penyertaan hanya layak untuk satu hadiah. Jikalau pemenang “Foto Paling Popular” merupakan salah satu daripada dua foto yang dipilih oleh barisan hakim, pilihan ketiga barisan hakim tersebut akan dijadikan pemenang Naib Juara.

20 foto terbaik akan dipamerkan semasa Perayaan Hari Orang Asal SeDunia (PHOAS) di Kampung Orang Asli Pian, Kuala Krau, Pahang pada 8-10 Ogos 2015, dan juga di laman web JOAS.

PERINGATAN
Sila rujuk kepada laman Pertandingan Foto JOAS di Facebook JOAS (https://www.facebook.com/joasmalaysia) dari masa ke semasa untuk maklumat terkini mengenai pertandingan ini dan juga maklumat yang lain.

Laman web pertandingan tersebut di Facebook adalah: https://www.facebook.com/events/509718565851700/

* NO PURCHASE NECESSARY. A PURCHASE WILL NOT INCREASE YOUR CHANCES OF WINNING. An entry fee or voting fee may be required, but a purchase of products or services from the contest host company or its sponsors is not necessary. Purchasing will not increase your chances of winning.

Fees

This contest is free to enter.

This contest is free to vote for your favorite photos.

Leave a Reply